Dragonball Online Mouse Pointer Green

Permasalahan Komputer


PERMASALAHAN 1:

Untuk mengatasi masalah komputer beroperasi perlahan, ramai pengguna hanya menggunakan Disk Cleanup, CCleaner dan sebagainya untuk melakukan pembersihan. Tetapi perisian ini sebenarnya tidak membersihkan sistem komputer kita sepenuhnya. Ada dua folder di dalam sistem yang mengandungi 'Unnecessary Files' yang hanya boleh dipadam secara manual. Caranya:
  1. Klik My Computer.
  2. Klik C.
  3. Klik Windows.
  4. Klik Prefetch [Padam semua fail yang terkandung di dalamnya], dan
  5. Klik Temp [Padam semua fail yang terkandung di dalamnya].

PERMASALAHAN 2:

Ada beberapa orang teman mengadu tidak boleh membuka sebahagian daripada laman web (termasuk Facebook, Gmail dan sebagainya) atau Internet terlalu perlahan. Biasanya ia berlaku disebabkan 'cookies' dan 'history' yang tidak dipadam. Caranya mudah sahaja. 'Run CCleaner'. Insya-Allah, masalah selesai dan laman web boleh dibuka semula. Sayangi komputer kita kerana ia juga bersifat manja seperti manusia. Komputer kita adalah cinta hati kita.   

*  CCleaner boleh dimuat turun secara percuma di http://download.cnet.com/CCleaner/3000-18512_4-10315544.html

PERMASALAHAN 3:

Antara permasalahan yang biasa dihadapi di dalam pemindahan fail dari folder ke folder ialah sebahagian fail gagal dipindahkan dan terpapar beberapa mesej ralat.  Sila buka fail tersebut, simpan semula (Save As) dan letakkan di dalam folder baharu. Ia mungkin berpunca daripada nama fail yang terlalu panjang, atau ada beberapa simbol di dalam nama fail yang menyebabkan fail gagal dipindahkan. Namun begitu, tiada masalah untuk menggunakan nama fail yang sama dengan perintah Save As.

PERMASALAHAN 4:

Kerosakan RAM boleh dikesan apabila komputer berbunyi tanpa henti. Biasanya ia berlaku sekiranya RAM yang dimasukkan tidak rapat atau sememangnya RAM itu telah rosak dan perlu diganti. Langkah-langkah untuk membaik pulih RAM yang rosak:
  1. Off-kan komputer.
  2. Tanggalkan RAM tersebut dan masukkan semula.
  3. On-kan komputer (Sekiranya komputer boleh beroperasi semula dengan baik, bererti komputer itu tidak bermasalah. Ia hanya berpunca dari RAM yang tidak rapat dipasang).
Sekiranya komputer masih tidak beroperasi dengan baik:
  1. Tanggalkan semula RAM.
  2. Gantikan dengan RAM baharu.
  3. On-kan komputer.
Sekiranya komputer boleh beroperasi semula, ia menunjukkan RAM lama sememangnya rosak. Tetapi sekiranya masih tidak boleh beroperasi, bererti ada kerosakan lain berlaku pada komputer.

PERMASALAHAN 5:

Sekiranya komputer boleh 'hidup', tetapi tidak boleh 'booting', pengguna perlu mengenali beberapa bunyi beep pada komputer.
  1. Beep 1 kali:  Menunjukkan komputer berada dalam keadaan baik.
  2. Beep 1 kali:  Berbunyi panjang menunjukkan ada masalah pada memori (RAM).
  3. Beep 1 kali:  Berbunyi panjang dan diikuti 3 kali berbunyi pendek menunjukkan ada masalah pada VGA Card.
  4. Beep 1 kali:  Berbunyi panjang dan diikuti 2 kali berbunyi pendek menunjukkan ada masalah pada DRAM Parity.
  5. Beep terus menerus:  Menunjukkan ada kerosakan pada modul memori atau memori video.