[SAIDAH BINTI SHAHID]
Bachelor Of Multimedia Communication (Hons)
Open University Malaysia
Kuala Lumpur
Bachelor Of Multimedia Communication (Hons)
Open University Malaysia
Kuala Lumpur
Saidah binti Shahid atau turut dikenali sebagai Ida Shahid berasal dari Sabak Bernam, Selangor. Beliau berkelulusan Sarjana Muda Komunikasi Multimedia dengan Kepujian dari Open University Malaysia, Kuala Lumpur, serta amat meminati bidang teknologi maklumat, komunikasi dan multimedia.
Beliau berpengalaman menulis buku bagi SIRI KOMPUTER BESTARI yang buat pertama kalinya diterbitkan pada tahun 2003. Menjelang tahun 2010, SIRI KOMPUTER BESTARI muncul dengan wajah baharu yang telah dikemas kini. Setakat ini, beliau telah menulis sebanyak 16 tajuk buku dalam siri tersebut.
Judul-judul buku yang ditulis sekitar tahun 2003 - 2007:
Judul-judul buku yang ditulis sekitar tahun 2010 - 2011:
Kecintaan beliau yang begitu mendalam terhadap bidang penulisan, mendorongnya untuk menulis buku dalam bidang komunikasi pula. Judul pertama yang dihasilkan ialah TIP UNTUK MENJADI PENGACARA MAJLIS, diterbitkan pada tahun 2011. Satu perkongsian pengalaman dan pengetahuan yang dihasilkan untuk memberikan tip-tip yang boleh dimanfaatkan dalam pengucapan awam. Istimewanya buku ini, ia ditambah dengan tip-tip yang boleh digunakan dalam pengacaraan, sesuai dengan pembabitan beliau dalam bidang tersebut sejak tahun 2001.

Beliau juga pernah menulis dua buah artikel yang disiarkan di dalam majalah VISI IKIM berjudul:
- NASYID! MENDIDIK ATAU MELALAIKAN? (Disember 2006).
- KEMBALIKAN MEREKA KE PANGKAL JALAN (Februari 2007).
Sebelum itu, beliau menjadi tenaga pengajar di Pusat Latihan Komputer sekitar tahun 1992 – 2000. Kemudian, beliau bergiat dalam bidang latihan ketika bertugas di Institut Latihan dan Dakwah Selangor (ILDAS), Sabak Bernam (2000 – 2008). Antara bidang program yang dilaksanakan ialah:
- Pendidikan.
- Pengucapan Awam.
- Kaunseling.
- Motivasi.
- Train of Trainer (TOT).
Beliau juga pernah mengadakan usaha sama dalam bidang latihan bersama Pusat Motivasi Citra Bestari antara tahun 2001 hingga 2003. Turut menyertai program Train of Trainer (Team Building Experiental Learning) bimbingan SAC Consultancy Sdn. Bhd. pada 23 hingga 25 April 2001.
Pada 12 Januari 2012, beliau maju setapak lagi dengan menubuhkan syarikat sendiri, TECHNO DYNAMIC RESOURCES. Syarikat ini menyediakan perkhidmatan penerbitan, pengedaran dan latihan dalam bidang teknologi maklumat, komunikasi dan multimedia. Selain terus menulis, beliau juga bergerak sebagai Trainer IT.

Program utama yang dijalankan dalam tempoh terdekat ialah Teknik Manipulasi PowerPoint yang membawa kelainan dalam persembahan slaid. Ia membongkarkan sebuah keunikan yang tidak diajar di sekolah atau di mana-mana pusat latihan IT. Sesuai dipelajari dan dikuasai oleh golongan 'trainer', motivator, guru, jurucakap atau mereka yang terlibat dengan sebarang program yang membabitkan audiens. Persembahan slaid yang memukau, pasti akan membuat mata audiens terpukau. Selain itu, beliau turut mengendalikan kursus/latihan pembangunan web dan menjadi trainer bersama agensi latihan lain.
11/05/2013 12:40:00 pm
Ida Shahid

Posted in