Dragonball Online Mouse Pointer Green

BELAJAR dan MENGAJAR

"SAYA MAHU TERUS BELAJAR DAN MENGAJAR." Itu yang saya tanamkan dalam diri saya. Tanpa belajar, ilmu baharu tidak akan tertanam dalam diri saya. Tanpa mengajar, ilmu lama dan baharu dalam diri saya tidak akan berkembang pula. Proses pembelajaran dan pengajaran boleh berterusan dalam pelbagai cara. Melalui penulisan, melalui pembacaan daripada bahan-bahan fizikal atau digital, dan juga di dalam kelas, atau di mana sahaja. Tidak mustahil, proses pembelajaran dan pengajaran juga boleh berlaku dalam keadaan spontan di pasar-pasar raya, di jalan-jalan raya, dan pelbagai jenis raya lagi (dalam nada gurau). Kenapa saya berkata demikian? Ia berlaku apabila kita bertemu dengan orang-orang yang dalam dirinya ada ilmu yang tidak lokek untuk dikongsikan. Alangkah indahnya hidup ini kerana terus mencintai ILMU.